Tuesday, 15 July 2025

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐈𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍

 

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐈𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍




































27 Jun 2025 (Jumaat)

Pertandingan Menghias Kek bertemakan durian telah diadakan dengan meriah sempena Durian Agro Tourism Fest Bandar Baharu pada 27 Jun 2025 bertempat di Dataran Bandar Baharu, Kedah.

Sebanyak 7 kumpulan yang menyertai pertandingan ini dan setiap peserta dikehendaki menghias kek dengan menggunakan elemen durian sebagai bahan utama dan tema utama dekorasi.

Pertandingan ini telah diadili oleh barisan juri yang terdiri daripada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. Antara kriteria penilaian ialah kreativiti, persembahan kek, penggunaan bahan bertemakan durian serta rasa keseluruhan kek yang dihasilkan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya dalam pertandingan ini. Hadiah dan sijil penghargaan disampaikan kepada pemenang sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kreativiti.

Program diakhiri dengan sesi bergambar kenangan, merakam detik ceria dan semangat kebersamaan antara ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
TAHNIAH kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua