Tuesday 19 March 2024

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐊𝐔𝐋 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒𝐌/𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐊𝐔𝐋 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒𝐌/𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍
















AHAD (17.03.2024)

Bersempena sambutan bulan Ramadan yang mulia pada tahun ini, PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menganjurkan Majlis Pengurniaan Sumbangan Program Bakul Kasih Ramadan Tahun 2024M/1445H bertempat di Dewan Putra, Kedah Digital Library, Alor Setar, hari ini.

Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff, Tunku Puan Mahkota Kedah, telah sudi mencemar duli berangkat ke majlis ini dengan diiringi oleh YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan YBhg. Datin Hajah Nurul Aznim binti Mohd Razalli, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.

Baginda seterusnya perkenan untuk menyempurnakan pengurniaan sumbangan secara simbolik kepada 12 orang Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah dan 31 orang Pengerusi PUSPANITA Jabatan di negeri Kedah.

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu juga turut hadir mewakili daerah Bandar untuk menerima sumbangan bakul kasih ramadhan ini. Turut hadir Puan Noor Shuhaida binti Bideng, iaitu Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Cik Siti Nur Atikah Bt Moktar, Timbalan Pengerusi I PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Siti Halwani Bt Abd Halim, Setiausaha PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Hazlina Bt Baharom dan Rohana Bt Mohd Jalani, Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Program Bakul Kasih Ramadan yang diuruskan oleh Biro Keahlian PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah adalah merupakan sebuah inisiatif tanggungjawab sosial berbentuk sumbangan bekalan makanan kepada 400 orang ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan rakyat Negeri Kedah yang memerlukan dalam menjalani ibadah di bulan Ramadan.

Terima kasih kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah atas anjuran program ini. Semoga Sumbangan Bakul Kasih Ramadan ini dapat meringankan beban penerima dan memberi peluang kepada semua ahli untuk bermuhasabah diri sekaligus bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Ilahi.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua











𝟏𝟕 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐀𝐇𝐀𝐃)

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐊𝐔𝐋 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒𝐌/𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍

Majlis Pengurniaan Sumbangan Program Bakul Kasih Ramadhan Tahun 2024M / 1445H merupakan inisiatif tanggungjawab sosial berbentuk sumbangan