Tuesday 26 March 2024

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐔𝐋 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒𝐌/𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐔𝐋 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒𝐌/𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔


















𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡    : 𝟐𝟏 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬)
𝐌𝐚𝐬𝐚      : 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐏𝐚𝐠𝐢
𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭   : 𝐁𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐆𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐃𝐓𝐁𝐁

Program Penyerahan Sumbangan Bakul Kasih Ramadan Tahun 2024M/1445H Anjuran PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu ini diadakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Sumbangan barangan ini berupa keperluan harian dalam bentuk makanan kepada para ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang telah dikenalpasti dan memerlukan sempena bulan Ramadan 1445H / 2024M.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK.,BCK. Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. Seterusnya majlis dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Cik Siti Nur Atikah binti Moktar.

Seterusnya, penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Tuan Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu diiringi oleh Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu Cik Siti Nur Atikah binti Moktar.

Seramai 20 orang penerima telah hadir untuk menerima sumbangan bantuan tersebut pada sesi penyerahan ringkas yang berlangsung di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Semoga dengan inisiatif murni dan program bermanfaat seumpama ini diharap akan dapat membantu meringankan sedikit bebanan kepada semua keluarga penerima yang memerlukan dalam menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini di samping membuat persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

💻 Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua