Wednesday 6 March 2024

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 "𝐁𝐀𝐂𝐊 𝐓𝐎 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋" 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

 

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 "𝐁𝐀𝐂𝐊 𝐓𝐎 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋" 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔





























Tarikh   : 29 Februari 2024 (Khamis)
Masa     : 11.00 pagi
Tempat : The Event Hall (Dewan Seri Tasik, 
                Serdang, Kedah

Program "Back To School"  PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu ini telah diadakan pada 29 Februari 2024 di The Event Hall, Serdang, Kedah pada jam 11.00 pagi.

YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, AMK turut menyampaikan sumbangan Program "Back To School" (BTS) Tahun 2024 kepada anak-anak Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu diiringi oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK.,BCK. Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Noor Shuhaida binti Bideng, iaitu Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Cik Siti Nur Atikah Bt Moktar Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) merangkap Timbalan Pengerusi I PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Program BTS ini merupakan salah satu inisiatif daripada Puspanita Cawangan Negeri Kedah bagi membantu ahli-ahli PUSPANITA dalam mempersiapkan diri anak-anak menghadapi sesi persekolahan bagi tahun 2024/2025.

Semoga sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban ahli-ahli PUSPANITA khususnya PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dalam melengkapkan persiapan anak-anak bagi sesi persekolahan Tahun 2024 seterusnya menyuntik semangat anak-anak untuk ke kembali ke sekolah.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua