Monday 25 March 2024

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟒𝐌


𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟒𝐌
















Tarikh   : 20 Mac 2024 (Rabu)
Masa     : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menyertai Program Pemberian Kurniaan Keluarga Diraja Sultan Negeri Kedah Darul Aman Sempena Sambutan Bulan Ramadhan Tahun 1445H/2024M yang diadakan di Dewan Seri Serdang bermula jam 10.30 pagi.

Majlis disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK.,BCK. Pegawai Daerah Bandar Baharu, merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kechil Daerah Bandar Baharu diiringi oleh Tuan Mohamad Izwan Bin Dato' Paduka Mohd Omar Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dan Tuan Zulfadzrin Bin Noor Din Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah).

Seramai 100 orang penerima yang dipilih   menerima sumbangan Kurniaan Keluarga Diraja Sultan Negeri Kedah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu.

Kesemua penerima menerima sumbangan berupa bekalan makanan harian seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan beberapa keperluan makanan lain.

Kurniaan ini melambangkan keperibadian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah yang sentiasa cakna dan prihatin terhadap golongan rakyat yang memerlukan bantuan.

Yang Berbahagia Pegawai Daerah Bandar Baharu turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 1445H/2024M kepada semua hadirin dan berharap sumbangan yang disampaikan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban para penerima sepanjang bulan Ramadhan.

Terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu kerana telah menyertai program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua