Saturday 23 March 2024

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍

 𝟐𝟎 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐑𝐚𝐛𝐮)


𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍













Biro Pembangunan ICT dan Publisiti PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menganjurkan satu Sesi Latihan Pentadbir Portal PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah yang diadakan di Makmal Teknikal, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Kedah (BTMK).

Latihan ini diberikan kepada setiap pentadbir halaman portal PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah sebagai persediaan untuk menyiapkan kandungan buletin atau hebahan maklumat terkini melalui portal baharu PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah yang baru sahaja dibangunkan ini.

Puan Normah binti Awang Binting@Minting selaku Pengerusi Biro
Pembangunan ICT dan Publisiti PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menyampaikan sedikit penerangan dan intipati mengenai peranan pentadbir dan tujuan pelaksanaan program latihan portal pada hari ini.

Tenaga pengajar program ini iaitu Puan Nurul Aida binti Mustafa dari BTMK telah memberi pencerahan berkenaan cara memuatnaik bahan atau input ke dalam portal dan memastikan pengemaskinian portal berjalan dengan lancar. Turut sama hadir dan membantu proses pembelajaran adalah Puan Mizan Adila binti Halim dan Puan Nur Hidayah binti Megat Shahrim juga dari BTMK.
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menghantar 2 orang wakil iaitu Puan Shahirah binti Salim dan Puan Shuhanita binti Safie Nor bagi mengikuti sesi latihan tersebut.

Terima kasih kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah atas anjuran program ini. Semoga setiap pentadbir portal memperolehi manfaat dan ilmu daripada kelas yang telah dijalani.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua