Sunday 3 March 2024

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊 - 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐘𝐀𝐓𝐈𝐌 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐌𝐈𝐍𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍

 

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊 - 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐘𝐀𝐓𝐈𝐌 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐌𝐈𝐍𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍






























Tarikh   : 27 Februari 2024 (Selasa)
Masa     : 10.30 pagi
Tempat : The Event Hall, Serdang, Kedah

Merafak Sembah Menjunjung Kasih dan Setinggi-Tinggi Penghargaan  Sempena Keberangkatan Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Kedah ke Majlis Pengurniaan dan Sumbangan Persekolahan serta Aidilfitri Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah bagi Sesi Tahun 2024 Daerah Bandar Baharu.

PUSPANITA Daerah Bandar Baharu amat berbesar hati dan berbangga serta mengalu-alukan Keberangkatan Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Kedah yang berangkat hadir dalam Majlis Pengurniaan dan Sumbangan Persekolahan tersebut di The Event Hall ( Dewan Seri Tasik ) Serdang, Kedah.

Keberangkatan tiba Yang Maha Mulia Che Puan Besar telah disambut mesra oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK.,BCK.P Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu yang juga Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Cik Siti Nur Atikah Bt Moktar Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) merangkap Timbalan Pengerusi I PUSPANITA Daerah Bandar Baharu Penghulu-Penghulu Mukim serta kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu serta Ahli-Ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Sheikh Mohd Fadhil Bin Ab.Rahman Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu dan disusuli dengan ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK.,BCK. Pegawai Daerah Bandar Baharu.

Majlis diteruskan dengan penyerahan bantuan untuk persekolahan dan Aidilfitri yang berupa Set kelengkapan baju sekolah, baju raya, hamper dan sumbangan wang tunai. Seramai 30 orang penerima yang terdiri daripada murid-murid dan pelajar sekolah di sekitar Daerah Bandar Baharu.

Menjunjung Kasih Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Kedah atas pengurniaan dan sumbangan yang diberikan.

Semoga Majlis Pengurniaan dan Sumbangan ini dapat meringankan beban para waris dan keluarga para pelajar / murid penerima.

PUSPANITA Daerah Bandar Baharu merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat bagi memastikan kelancaran majlis ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua