Tuesday 5 March 2024

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 ππ”π’ππ€ππˆπ“π€ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 πŠπ„π‚πˆπ‹ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐

 

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 ππ”π’ππ€ππˆπ“π€ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 πŠπ„π‚πˆπ‹ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍







































Tarikh   : 29 Februari 2024 (Khamis)
Masa     : 10.30 pagi
Tempat : The Event Hall (Dewan Seri Tasik, 
                Serdang, Kedah

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan Mesyuarat Agung  Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu Tahun 2024 bertempat di The Event Hall, Serdang, Kedah.

Mesyuarat Agung dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Penghulu Mukim Serdang Encik Abdul Qaiyum Bin Mhd Norawi dan disusuli dengan Tayangan Montaj Aktiviti Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu Tahun 2023, nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamat Sultan dan lagu rasmi PUSPANITA.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail., AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Seterusnya majlis diteruskan ucapan aluan oleh Puan Noor Shuhaida binti Bideng, iaitu Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu. Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu melalui ucapan aluan beliau berharap agar penglibatan ahli-ahli PUSPANITA ini dapat memberikan impak dan nilai-nilai yang positif kepada semua yang terlibat. Puan Pengerusi menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua AJK, Biro-biro dan semua ahli yang terlibat dalam menjayakan program dan aktiviti sepanjang tahun 2023 yang lalu.

Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan oleh Setiausaha PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Siti Halwani binti Abd Halim. Antara perkara yang dibentangkan ialah pembentangan aktiviti sepanjang tahun 2023, pembentangan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2023, pelantikan Biro Kesihatan dan hal-hal lain yang berkaitan PUSPANITA.

Seterusnya perasmian majlis penutup  Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu Tahun 2024 disempurnakan oleh YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, AMK. Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah . Dalam ucapan beliau juga turut berharap agar PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu sentiasa memperkukuhkan kerjasama teguh sesama ahli bagi menjayakan semua aktiviti yang dirancang untuk diadakan pada tahun 2024.

Terima kasih diucapkan kepada YBhg.Datin Norhasni Binti Ishak, AMK. kerana sudi merasmikan Mesyuarat Agung Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan tahniah dan syabas untuk seluruh warga PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

πŸ’» Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua